Sebaliknya, Tuhan telah menjangkau kita dengan belas kasihan-Nya dan kasihNya melalui Yesus Kristus. Dalam penunjukkan kasih yang kita tidak dapat bayangkan, Allah Bapa mengutus Yesus ke dunia, untuk menyelamatkan kita daripada kematian kekal di neraka. Yesus menjadi manusia yang menjalani kehidupan yang kudus dan tanpa dosa. Kemudian dalam kasih yang luar biasa dan rendah hati kepada kita semua, Yesus dengan rela telah menanggung hukuman atas dosa-dosa kita dengan kematianNya di kayu salib. Kemudian dengan penuh kemenangan, pada hari ketiga, Yesus bangkit dari antara orang mati untuk membuktikan bahawa Dia telah menyelesaikan sepenuhnya penyelamatan kita.
Kita berhak menerima hukuman maut yang kekal itu untuk dosa kita, tetapi Yesus telah menanggung ini dengan Dia sendiri yang mati di salib. Dia adalah Juruselamat yang menyelamatkan dunia dari kesalahan dosa, dari cengkeraman kematian, dan dari kuasa neraka melalui kehidupan-Nya yang sempurna, tidak berdosa dan oleh kematian-Nya di salib bagi kita.
Alkitab berkata (Roma 5:8): Tetapi Allah telah menunjukkan betapa besarnya kasih-Nya kepada kita, kerana Kristus mati bagi kita semasa kita masih berdosa.