Dasar Privasi Laman Web Gereja SIB Donggongon

  1. Polisi Maklumat Peribadi: SIBD mengekalkan polisi yang keras dalam pengembangan pelayanan ini bahawa kami tidak akan menjual, menyewa atau mendedahkan maklumat sulit anda kepada orang atau organisasi yang lain, sama ada secara komersial atau tanpa untung. Kekecualian hanya akan dilakukan menurut undang-undang, atau untuk melindungi hak, harta tanah, atau keselamatan SIBD, pengguna kami atau sebab-sebab yang lain. Sebarang maklumat peribadi (nama, alamat, nombor telefon, dan/atau e-mel) yang anda serahkan kepada kami adalah digunakan hanya untuk tujuan yang diberikan.
  2. Pengumpulan dan Penggunaan Maklumat Peribadi. Ini berdasarkan cara anda menggunakan tapak web ini, kami mungkin meminta anda berkongsi maklumat peribadi anda yang dapat dikenal pasti (“Maklumat Peribadi”) kepada kami. Ini terpulang kepada pilihan anda sama ada anda berkongsi sebarang Maklumat Peribadi dengan kami. Bagaimanapun, sebahagian laman web mungkin mewajibkan anda berkongsi Maklumat Peribadi anda. Maklumat-maklumat ini boleh termasuk sebarang informasi yang mengenal pasti, atau boleh digunakan untuk mengenal pasti, menghubungi atau mengesan lokasi anda. Contoh-contoh apabila kami meminta dan mengumpulkan Maklumat Peribadi adalah seperti berikut:
    • Apabila membuka akaun SIBD. Apabila membuka akaun SIBD, anda akan diminta memberikan e-mel dan alamat surat-menyurat anda, dan juga memilih untuk memberikan maklumat utama dan profil anda. Ini membenarkan kami menghantar berita-berita terkini, menghubungi anda mengenai pengumuman, pengemaskinian sistem, produk atau tawaran baru, dan lain-lain lagi.
    • Hubungi Kami. Kami menggunakan borang-borang Hubungi Kami atau sebarang borang hubungan yang boleh didapati dalam pelbagai bahagian dalam Laman Web ini, dan akan membantu anda menghubungi kami secara langsung dengan sebarang pertanyaan, komen dan permintaan yang mungkin ada. Maklumat ini juga akan digunakan untuk menjawab pertanyaan, komen, dan permintaan. Kami juga akan menyimpan komen anda untuk meningkatkan tapak web dan program, atau mengkaji semula dan membuang maklumat yang dikumpulkan.
    • Pendaftaran E-mel: Apabila anda mendaftar e-mel, anda akan diminta untuk memberikan Maklumat Peribadi (termasuklah e-mel, nama, tarikh lahir, jantina dan sebagainya). Maklumat yang diberikan akan digunakan untuk mengirimkan e-mel kepada anda dan juga dalam simpanan rekod SIBD. Kami juga boleh mengirimkan e-mel kepada pengguna yang juga menerima pengiriman kami.
    • Fail dan Cookie: Apabila anda log masuk ke Internet, pembekal perkhidmatan Internet anda akan memberikan anda satu alamat IP secara automatik kepada komputer anda. Pembekal web akan mengenal komputer anda dengan alamat IP, dan kami menggunakannya untuk membantu menganalisis masalah yang mungkin ada dalam perkhidmatan kami, mengurus tapak web dan selalu meningkatkan nilai bahan-bahan yang boleh didapati dalam tapak tersebut.
  3. Maklumat Yang Dikumpulkan. Sebarang Maklumat Peribadi yang anda pilih untuk berkongsi kepada SIBD digunakan untuk (a) menepati pesanan perkhidmatan atau persembahan derma; (b) menganalisis dan mengawasi aktiviti pengunjung dan pelawat; (c) mempromosi dan menyokong produk dan perkhidmatan yang ditawarkan; (d) merancang perkembangan seterusnya bagi tapak web serta produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Gereja SIBD; (e) mengembangkan pangkalan pengetahuan mengenai para pengguna dan pelanggan tapak web. Untuk menepati produk atau perkhidmatan yang anda minta, kami mungkin perlu menyertakan Maklumat Peribadi kepada mana-mana pejabat SIBD dan pelayanan bersekutu di seluruh dunia. (e) Jika anda membuat persembahan derma, maklumat yang anda berikan akan dikumpulkan dan maklumat kad kredit anda akan diberikan kepada pemproses kad kredit anda supaya kami boleh melengkapkan transaksi. Jangan serahkan maklumat yang anda tidak ingin berkongsi. (f) Kami juga boleh mengumpulkan data daripada pihak ketiga yang tidak bernama (contohnya umur, jantina dan minat) melalui “Google Analytics.” Kami menggunakan maklumat ini untuk meningkatkan dan memperibadikan tapak ini. Kami juga mungkin menggunakan maklumat ini untuk mengenal pasti peluang yang boleh menyediakan kandungan yang sesuai bagi para pengguna. (g) Kadangkala kami mungkin akan meminta pengguna memberikan maklumat balas melalui tinjauan. Segala maklumat yang dikumpulkan akan digunakan khas oleh kami untuk meningkatkan penyebaran maklumat pelayanan dan perkhidmatan kami. (h) Kami mungkin menghubungi anda untuk mengemaskinikan maklumat peribadi anda supaya anda diberitahu tentang aktiviti dan perkhidmatan kami yang lain.
  1. Keselamatan. SIBD memberikan perhatian yang paling utama pada perlindungan atas privasi dan maklumat anda. Kami menggunakan cara yang munasabah secara termampu l untuk melindungi kebolehpercayaan tapak ini dan kesulitan data yang dikumpulkan. Pekerja dan sukarelawan kami yang diberikan kebenaran menyedari polisi-polisi keselamatan dan privasi kami, dan maklumat anda hanya boleh dirujuk oleh pekerja dan sukarelawan yang diberikan kebenaran untuk menjalankan tugas mereka. Bagaimanapun, kami tidak memberikan keyakinan penuh, atau bertanggungjawab terhadap sebarang pelanggaran kesulitan maklumat kami yang disebabkan oleh kegagalan sistem atau kemasukan tanpa kebenaran oleh pihak-pihak ketiga.
  2. Sekatan. Tapak web ini dirancang digunakan oleh pengguna beragama Kristian yang berumur 18 tahun ke atas. Jika anda belum mencapai 18 tahun atau bukan beragama Kristian, sila jangan guna laman web ini dan jangan serahkan maklumat anda kepada kami.
  3. Pengemaskinian Maklumat Pengguna. Jika diminta, kemasukan ke dalam maklumat peribadi akan dibenarkan dalam waktu 60 hari tanpa dikenakan kos terhadap pengguna. Jika kemasukan tersebut tidak boleh diberikan dalam waktu yang tersebut, kami akan membekalkan data kepada pengguna apabila maklumat diberikan. Jika kemasukan itu dinafikan atas sebab yang tertentu, kami akan memberikan penjelasan mengapa kemasukan itu tidak dibenarkan.
  4. Rangkaian. Tapak web ini mungkin mengandungi rangkaian ke tapak-tapak lain yang tidak dimiliki atau diuruskan oleh SIBD. Rangkaian-rangkaian itu tidak bermaksud kami menyokong atau membenarkan polisi-polisi tapak web tersebut terhadap polisi pengunjung kami. Kami menggalakkan anda mengunjungi tapak-tapak web ini untuk mengetahui polisi-polisi privasi mereka kerana polisi mereka mungkin berbeza daripada polisi kami. Kami menggalakkan anda membaca kenyataan privasi tentang mana-mana tapak web yang anda kunjungi.
  5. Bahagian Komen dan Mesej. Sebarang maklumat yang dikirimkan pada bahagian mesej, forum, tapak diskusi, komen atau “suka” pada Tapak ini akan menjadi maklumat umum. Pandangan-pandangan yang diberikan dalam komen-komen ini dibuat oleh individu dan tidak disokong oleh kami dan tidak mewakili sudut pandangan atau kepercayaan SIBD. SIBD tidak bertanggungjawab untuk bahasa yang tidak diterima atau topik yang dibincangkan, namun kita akan cuba sedaya upaya untuk memastikan bahagian ini akan diawasi dan topik-topik yang sesuai yang akan dibincangkan.
  6. Pengemaskinian Polisi ini. Kami memelihara hak untuk mengemaskinikan polisi privasi ini pada bila-bila masa. Perubahan akan dikirimkan pada Tapak web ini dengan tarikh yang terkini, Sila mengunjungi tapak web kami dari semasa ke semasa untuk melihat polisi terkini.