Panggilan Penting Berdoa Untuk Negeri Sabah
– Merujuk surat Setiausaha Agung SIB Sabah SIB(P):300-6(0524)20 bertarikh 19hb Ogos, 2020
Negara Malaysia sedang mengalami cabaran paling getir. Kita masih berjuang untuk bebas daripada wabak Covid-19. Wabak ini telah mengakibatkan kesan yang dasyat terhadap ekonomi negara. Pada masa yang sama, senario politik negara juga tidak stabil. Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah telahpun dibubarkan pada 30 Jun 2020 yang lalu, oleh itu Pilihan Raya Negeri akan diadakalan tidak lama lagi.
Sebagai orang Kristian, firman Tuhan mengingatkan kita mengenai peranan penting kita untuk mengusahakan kesejahteraan negara, dan salah satu caranya ialah dengan bersehati dan bersepakat berdoa kepada Allah bagi pemberkatan dan kebenaran Allah ke atas negara ini (Yer 29:7). Di masa yang mencabar ini kita dinasihatkan untuk bertenang, supaya kita dapat berdoa dengan benar (1 Pet 4:7). Oleh itu, kepimpinan SIB telah menetapkan Panggilan Penting Berdoa untuk negeri Sabah dan Malaysia seperti berikut:-
– Ibadah doa Berantai 37 kawasan-kawasan SIB (18 Ogos – 23 September, 2020)
– Doa Serentak Semalam Suntuk SIB ( 28 Ogos, 2020)
PERKARA DOA:
(A) Beroda untuk kesejahteraan negeri Sabah
- Bersepakat mendoakan Tuan Yang Terutama (TYT) negeri Sabah supaya sentiasa sihat sejahtera. Doakan hikmat dan perlindungan Allah ke atas TYT.
- Bersepakat mendoakan rakyat yang berbilang kaum, bahasa dan agama supaya tetap mengamalkan sikap sederhana dan sikap toleransi yang tinggi.
- Demokrasi adalah amalan negara kita. Semoga rakyat Sabah akan memanfaatkan kebebasan dan kuasa memilih yang ada untuk memilih Wakil Rakyat lelaki dan wanita yang amanah, berwibawa dan berjuang untuk rakyat pada PRN akan datang.
- Bersepakat mendoakan agar amalan ataupun ataupun rancangan rasuah, penyelewengan kuasa, penggubahan wang haram, penipuan dan sebagainya dapat diberkas/dipatahkan oleh pihak-pihak berkuasa.
- Bersepakat mendoakan agar rakyat dapat menggunakan kehendak bebas untuk memilih dan bukannya diitimidasikan oleh isu agama, perkauman atau isu-isu yang tidak relevan (ada unsur-unsur menakut-nakutkan rakyat)
- Bersepakat mendoakan supaya Tuhanlah yang membangkitkan pemimpin-pemimpin yang berintegriti, berpendirian teguh, yang menolak segala bentuk suapan atau tasuah dan tidak melakukan penyelewengan kuasa atau terlibat dalam penggubahan wang haram.
- Berdoa agar para pemimpin-pemimpin ini juga diberi keberanian menyuarakan hak-hak negeri sabah sesuai seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 63 dan 20 perkara.
- Berdoa supaya rakyat tidak takut keluar mengundi walaupun rantaian Covid-19 belum diputuskan sepenuhnya. Berdoa supaya rakyat yang keluar mengundi akan mematuhi SOP yang ditetapkan.
- Berdoa untuk usaha pemulihan ekonomi negeri Sabah
- Bersepakat mendoakan supaya jemaah Tuhan menyediakan hati untuk pekerjaan Roh Kudus di zaman akhir ini, bersedia untuk menjadi saksi Kristus.
(B) Berdoa untuk kesejahteraan Malaysia
- Bersepakat mendoakan YDPA, Perdana Menteri dan seluruh Kabinet Kerajaan, raja-raja dan sultan-sultan.
- Bersepakat mendoakan kesejahteraan kaum, kestabilan politik dan ekonomi di Malaysia.
- Bersepakat mendoakan masyarakat yang berbilang bangsa, bahasa, agama dan budaya tetap hidup harmoni dan tidak terpengaruh dengan sentimen perkauman, isu agama dan bahasa. Menentang semangat bersengketa yang mendorong orang untuk menghasut dan membangkitkan sentimen perkauman dan isu-isu agama demi kepentingan pihak-pihak tertentu.
- Bersepakat mendokan kakitangan kerajaan dan swasta supaya membenci dan menolak rasuah, penyelewengan kuasa dan penggubahan wang haram.
- Bersepakat mendoakan usaha Kerajaan dalam memutuskan rantaian Covid-19 di Malaysia supaya mendapat sokongan dan kerjasama daripada semua lapisan masyarakat.
- Bersepakat mendoakan agar Kerajaan Persekutuan mengambil Langkah proaktif khas untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi dalam Persekutuan Malaysia selaras dengan Perjanjian Malaysia 63 dan 20 Perkara (Sabah) dan 18 Perkara (Sarawak)
- Bersepakat mendoakan institusi kehakiman agar tetap menjalankan penghakiman dengan seadil-adilnya, tanpa berat sebelah, tanpa berasa takut terhadap manusia maupun kuasa atau pengaruh.
- Bersepakat mendoakan anggota keselamatan; Tentera yang menjaga kedaulatan negara, Polis yang menjaga ketenteraman awam dan menguatkuasakan undang-undang dan semua agensi penguatkuasa yang lain.
- Persekitaran ekonomi yan stabil dan berkembang yang dapat mewujudkan peluang-peluang pekerjaan.