Jika anda bercadang untuk melawat Gereja SIB Donggongon buat kali pertama, kami mahu melakukan segala yang kami mampu untuk menjadikan lawatan anda sebebas tekanan yang mungkin. Kami sangat teruja bahawa anda akan mempertimbangkan untuk mengalami pelayanan komuniti Gereja SIBD, dan kami tidak sabar-sabar untuk bertemu dengan anda!

Selamat Datang ke Gereja SIB Donggongon, Penampang.

Siapa Kami?

Gereja SIB Donggongon berakar kuat di dalam Alkitab dan ini adalah tunjang utama dalam pelayanan kami sebagai gereja umat setiap hari. Kami suka untuk mengajak semua umat bersama-sama kami dalam pelayanan ini. Kami adalah pengikut Yesus dengan penuh semangat dan menjadikan Dia kelihatan, dan itu dapat dilihat dalam semua yang kami lakukan. Bermula dari beberapa individu di kelompok sel di sekitar Donggongon, SIBD kini telah berkembang dan mempunyai keanggotaan jemaat hingga 300 orang termasuk kanak-kanak, dari pelbagai suku kaum keturunan seperti Kadazandusun, Cina, Rungus, Sino, Murut, Lundayeh dan lain-lain.

Berikut ialah beberapa perkara biasa yang boleh anda jangkakan apabila anda melawat:

  • Ibadah Mingguan berlangsung pada setiap Ahad, jam 9:00 pagi. Ia juga disiarkan secara live ke laman YouTube kami. 
  • Umat yang datang adalah keluarga di sekitar Donggongon dan Penampang, dimana keluarga umat dan anak-anak datang ke gereja bersama-sama melayani Tuhan. 
  • Dalam pelayanan itu, pastor akan memberi ajaran Alkitab yang relevan dalam bahasa tempatan, ringkas dan santai; yang menjadikan Firman Tuhan dapat difahami dengan mudah.
  • Muzik yang menarik serta lagu-lagu pujian.
  • Doa dan kata-kata pujian dari umat.
  • Untuk kanak-kanak, kita ada menyediakan tempat untuk mereka berkumpul di bawah jagaan sukarelawan dan mereka akan belajar kata-kata Tuhan serta ada aktiviti berlangsung serentak dengan Ibadah Mingguan.
  • Pelayanan Hari Minggu akan berlangsung lebih kurang 70-75 minit.
  • Komuniti kami adalah dari golongan kanak-kanak kecil, pelajar sekolah, remaja, belia dan ibu bapa, serta datuk dan nenek. Orang biasa saja bah!
  • Pakaian biasa yang kasual – anda tidak perlu berpakaian sut atau membeli pakaian yang istimewa.
  • Ada kawasan parkir di sekitar Pusat Dagang Donggongon ataupun di tepi jalan di kawasan persekitaran.  
  • Gereja kami ada di Lantai 1. Ada ramai sukarelawan yang mesra, dan mereka bersedia untuk menjawab sebarang soalan yang anda ada.
  • Jika anda ada sebarang soalan atau keperluan tambahan sebelum lawatan anda, sila e-mel kami di hello@sibdonggongon.org