Soalan-Soalan Lazim

Berikut adalah beberapa soalan yang selalu ditanya oleh seseorang yang ingin melawat ke Gereja SIB Donggongon buat pertama kali untuk mengikuti Pelayanan kami. Sila hubungi kami sekiranya anda ada pertanyaan lain atau inginkan lebih pencerahan.

Untuk lawatan pada hari lain, anda boleh juga datang pada hari pejabat iaitu Isnin – Jumaat jam 9:00am hingga 4:00pm
Kami sarankan supaya anda telefon 088-703 4549 atau 0198118602 terlebih dahulu untuk pastikan ada wakil Gereja SIBD di pejabat bila anda datang.

Pada setiap Ahad, jam 9:00 pagi, kami adakan Ibadah Minggu atau Pelayanan Mingguan di mana keluarga dan anak-anak datang ke gereja bersama-sama melayani Tuhan. Ada petugas yang akan menyambut anda sekiranya ini adalah pertama kali anda datang ke Gereja SIBD.

Tempat terbaik adalah di persekitaran Pusat Dagang Donggongon atau di tepi jalan berhampiran dengan gereja. Anda juga boleh meletak kenderaan di sepanjang jalan berdekatan yang biasanya mempunyai banyak tempat terbuka pada pagi Ahad. 

Anda akan disambut oleh pemyambut tetamu dengan senyuman lebar dan ucapan “hello” yang ramah. Jangan ragu untuk bertanya. Terdapat meja maklumat pelawat di sebelah penyambut tetamu. Di dalam ruang Gereja, anda boleh duduk di mana sahaja sambil mendengar muzik pra-pelayanan.

Hanya beberapa minit selepas pelayanan dimulakan, semua orang meluangkan masa untuk bersalaman dan bertanya khabar kepada orang-orang yang duduk berdekatan dengan mereka. Jangan risau; ini sebenarnya sangat bagus kerana semua orang tersenyum dan memberi ucapan Damai berserta dengan mu, ataupun hello. Berkenalan lah dengan kami!

Ada beberapa servis bas yang berhenti di Pekan Donggongon. Gereja SIBD hanya berada dalam lebih kurang 50 meter dari Jalan Penampang-Tambunan di mana ada banyak bas berhenti berdekatan di sini. 

Gereja SIBD ada kelompok komuniti yang tersebar di sekitar kawasan Penampang dan Kota Kinabalu. Komuniti rumah ini dipanggil Kelompok Sel. Anda dijemput untuk berhubung dengan ketua kelompok sel yang ada berdekatan dengan rumah anda, untuk perkenalkan diri.

Kelompok Sel SIBD adalah sebuah komuniti rohani yang beranggotakan jemaat SIBD yang mengadakan pertemuan rutin satu minggu sekali (atau bila bersesuaian) di kawasan sekitar Penampang untuk beribadah bersama dalam ibadah rumah tangga sebagai sebuah keluarga kecil yang dapat saling memberkati, menguatkan dan mendukung satu sama lain dalam ikatan persahabatan dan kekeluargaan.

Di dalam Kelompok Sel, jemaat akan digembalakan dan dilatih untuk dapat saling melayani satu dengan yang lain dalam Kristus, dan berfokus kepada transformasi hidup dalam setiap aspek kehidupannya; dimuridkan dan memuridkan untuk semakin bertumbuh dalam pengenalan akan Kristus; serta diberkati untuk menjadi berkat bagi orang lain.

Lokasi Kelompok Sel SIBD tersebar di beberapa kawasan di sekitar Penampang, iaitu:

Glory Haleluyah, Sugud – Ketua: Dkn.Andyson
Ezra, Donggongon – Ketua: Dkn Anajery
Emanuel, Kesigui – Ketua: Dkns Ramlah
Agape, Kobusak – Ketua: Dkns Judy
Joy, Babah – Ketua: Dkns Emis
Ora Et Labora, Country Height – Ketua: Dkn Duncan
Hossana, Kiranau – Ketua: Dkn Micheal
Rajawali, Kepayan Baru – Ketua: Pn Rinai
Shallom, Kolopis – Rokiah
Yohanes, Rugading – Dkn Pangkui
Ekklesia, Kibabaig – Dkn Dainis
Yehezkiel, Babah Bunduon – Dkn Charles
Untuk informasi lebih lanjut atau untuk menyertai Kelompok Sel yang berdekatan dengan anda, sila hubungi Gereja SIBD di hello@sibdonggongon.org

Untuk informasi lebih lanjut atau untuk menyertai Kelompok Sel yang berdekatan dengan kawasan kediaman anda, sila hubungi Gereja SIBD di hello@sibdonggongon.org

Cinta kasih Tuhan tidak terbatas tidak akan berhenti mengejar kita, tidak kira sudah sejauh mana kita lari daripada-Nya. Kematian Yesus di salib telah membayar hukuman untuk keseluruhan dosa kita, dan Dia dengan bebas, menawarkan pengampunan kepada semua yang menaruh kepercayaan kepada-Nya.

Beritahu saja niatmu kepada Tuhan. Curahkan isi hatimu kepada Tuhan. Anda mungkin berkata seperti ini:

Yesus yang dikasihi, saya tahu bahawa saya seorang berdosa terhadap-Mu. Tidak kira apa yang saya cuba, saya tidak dapat melarikan diri dari kegelapan hati saya sendiri. Saya perlukan bantuan-Mu Tuhan. Saya meletakkan harapan saya untuk pembersihan kepada-Mu sahaja. Masuklah ke dalam hidup saya dan hapuskan kejahatan dan ego saya. Kawal fikiran saya, emosi saya, tindakan saya dan kata-kata saya, dan biarkan hidup saya menghasilkan cinta, kegembiraan, kebaikan, belas kasihan, kemurahan hati, dan rahmat terhadap orang lain. Terima kasih kerana menunjukkan kepada saya kesempurnaan Mu dan menyelamatkan saya daripada diri saya sendiri. Amin.

Anda boleh juga berhubung dengan kami di hello@sibdonggongon.org atau datang ke Gereja SIB Donggongon. Kami akan membantu!

Sekiranyan anda ingin tahu siapa Yesus Kristus ataupun telah memutuskan untuk mendedikasikan hidup anda untuk mengikuti Yesus, mungkin anda tertanya-tanya apakah perkara yang seterusnya di dalam perjalanan anda sebagai anak Tuhan. Kami mahu membantu! Sertailah kami dalam pelayanan setiap hari Ahad, jam 9:00 pagi di Gereja SIB Donggongon, di mana anda boleh bertanya kepada salah seorang daripada penyambut tetamu di sana supaya kami akan dapat bersama-sama dengan anda di dalam perjalanan anda bersama Yesus Kristus.

Siapakah Yesus ?


Anda boleh juga gunakan borang kontak hubungan di laman web ini.