Latar Belakang Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Donggongon

Gereja SIB Donggongon telah dimulakan pada tahun 1984 bermula dengan sebuah kelompok sel di bawah naungan gereja SIB Likas. Pemimpin terawal adalah mendiang Dkn Jeffry Lim dan isteri Dkns Judy Liman, mendiang Penatua Nicholas Linggu dan isteri Dkns Stella Gabing, mendiang Dkn David Ranggis dan isteri Dkn Jonika Gabu, Dkns Emis Emis dan keluarga dan beberapa orang yang lain seperti Penatua Charlie Balatik, David Ebin yang melayani kelompok sel pada masa itu yang tinggal sekitar Pekan Donggongon.

Kelompok sel pada masa itu telah dimulakan dengan iman oleh pemimpin terawal untuk mengumpul jemaat SIB yang berasal dari pelbagai daerah yang bekerja atau menetap di sekitar pekan Donggongon dan juga untuk menjangkau jiwa-jiwa penduduk Penampang yang belum pernah berpeluang mendengar tentang Injil Kristus.

Selama 12 tahun dari tahun 1984 sehingga menjelang tahun 2000, kelompok sel ini mengadakan persekutuan doa kelompok sel; dan jemaat masih beribadah pada hari Minggu di Gereja SIB Likas.

Hanya pada 1 September 2001, kelompok sel tersebut telah berkembang dan diistiharkan sebagai sebuah gereja lokal yang mandiri yang disempurnakan oleh Pastor Raphael Biun, Setiausahan Agung SIB Sabah pada masa itu; dan dikenali sebagai Gereja SIB Donggongon hingga ke hari ini.

Dimuridkan Dan Memuridkan

Semestinya, ketika kita mengalami kasih Bapa Surgawi, kita pun mampu melihat betapa Bapa mengasihi semua anak-anak-Nya yang kita muridkan. Pemuridan menjaga hati kita supaya tetap selaras dengan hati Bapa.

Gereja Yang Mendewasakan

Gereja Yang Memberitakan Injil Dan Mendewasakan Rohani. Membina Komuniti Umat Untuk Hidup Dalam Kebenaran Firman Tuhan. Mengasihi Tuhan dan Mengasihi Sesama.

Gereja Kami

Dimuridkan dan Memuridkan.

Gereja SIBD adalah Gereja yang memberitakan Injil, membina komuniti Gereja yang hidup dan bertumbuh dewasa dalam kebenaran Firman Tuhan, mengasihi Tuhan dan mengasihi sesama.

Misi Gereja

Kepimpinan Gereja

Kepimpinan Gereja SIB Donggongon bersifat berjemaah dan dipimpin oleh beberapa anggota. Pemimpin operasi gereja terdiri dari Pastor, Ahli Majlis Sidang dan para Ketua Cabang Pelayanan.  Berikut adalah pemimpin gereja Sessi 2022 – 2024.

Pst Thomas Padan

Pastor

Ahli Sidang & Pelayanan

Ahli & Ketua Pelayanan

Pta Jonathan

Pengerusi

Dkn Michael Mule

Timbalan Pengerusi

Dkn Stella M Gabing

Setiausaha Sidang

Dkn Duncan Thomas

Timb Setiausaha

Dkn Jacob Laeng

Bendahari

Dkn Andyson Denis

Timb Bendahari

Komuniti Yang Memuridkan dan Dimuridkan

SIBD telah berkembang dan mempunyai keanggotaan jemaat hingga 300 orang termasuk kanak-kanak, dari pelbagai suku kaum keturunan seperti Kadazandusun, Rungus, Sino, Murut, Lundayeh dan lain-lain.

Pusat Sumber

Dokumen catatan berkenaan dengan pengajaran Alkitab ada dikumpulkan di Pusat Sumber laman web kami. Anda boleh memilih untuk muat-turun dokumen khutbah ataupun catatan pengajaran Injil.

Forum Komuniti

Tempat untuk menggalakkan dan digalakkan; memuridkan dan dimuridkan. Forum Komuniti adalah satu tempat untuk membincangkan topik-topik positif dan menggalakkan yang menarik minat orang Kristian.

Kelompok Pelayanan

Kami berharap anda akan menyertai kami di Gereja sebagai sebahagian daripada rancangan mingguan anda; mengikuti beberapa kumpulan-kumpulan pelayanan Tuhan dengan banyak aktiviti kerohanian.